Tuesday, 15 December 2015

EXAM WEEK

final exam dah dekat. kite berkongsi ilmu agar sama leh berjaya.

doa agar mudah menghafal sebelum peperiksaan

doa agar dimudahkan peperiksaan

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

                   Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti                     pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris,    dan lain- lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

-------------------------------------semoga berjaya---------------------------------

No comments:

Post a Comment